Friday, November 12, 2010

PERGINYA SEORANG SHAMRIN



Aku kaget dengar Hot.fm pagi tadi masa hantar mak aku pergi cari lauk di pasar basah. Memang basah pon sebab hujan.


Am Crew kata vokalis Fotograf, si Shamrin meninggal dunia awal petang semalam selepas rebah semasa sedang bermain bola sepak untuk satu perlawanan persahabatan. Meninggal pada usia 45, boleh dianggap masih muda. Tiada siapa tahu, ajal tidak boleh dipercepat dan ditangguh, walau sesaat. Itulah ketetapan-Nya.



Shamrin atau nama sebenar beliau Mohd Shamrin Abd Samad (Fotograf)



Kenapa aku kaget?
Sebab lagu beliau boleh dikatakan Lagu-Wajib-Nyanyi aku bile sesi berlibur bersama teman-teman. 

&

Yes, my fav songs :(



Al-Fatihah. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga setiap amalan diterima tuhan.


P/s: Bila terpejam lena, jasadku tidak bermaya............ 

SERINGKALI BAIT2 INI MENITI DI MULUT BELIAU... DAN AKHIRNYA...... :(

Wednesday, November 10, 2010

Bertemu Dr Anuar




Ok lama x hapdet.
Hari ni aku gigihkan diri menaip since ada 3 peristiwa yang aku nak catitkan sepanjang medical checkup di sebuah hospital di Jalan Raja Abdullah, KL.


"Apa2 urusan aku kat KL mesti ada kaitan dengan Jalan Sultan Ismail. Memudahkan keje aku la.. Lap u Jalan Sultan Ismail. Ke aku ni keturunan Sultan Ismail??"
status aku di FB sebelum bertolak :p


Memudahkan kerja since aku dalam 3 bulan ni aku kerap ulang alik di Jalan Sultan Ismail, so aku quite familiar kat situ :)


1. Nak cium bontot Honda
Aku kaget bila aku nampak satu bangunan usang dan kecil, tapi jelas tertera nama hospital yg aku nak pergi. For real specialist center?? Aku kebingungan mata masih pandang kanan dan kaki menekan pedal minyak perlahan. Skali aku toleh depan bontot Honda da dekat. Mak aih!!!!!!! brek gile babs! seb bek sempat. kalau x habis mana aku nak cekau kalau cium bontot Honda. 
Rupa2 nya ada bangunan lain laaa haha :p


2. Blood Pressure 3 kali amik
First - 151/78
Second - 147/78
Third - 101/81 
(selepas baring2 di katil atas arahan nurse. hoho!)


3. Kene sound dengan doktor. 
Haha. Doktor suruh aku dapatkan 70kg! 
In your dreams la doc!

(but still aku tetap try. petang tadi dah mulakan langkah kembali berjogging semula :p)


P/s: xkan BP aku naik kot cuma sebab pikir nak accept one's offer and reject others'?? hurmmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...