Friday, November 12, 2010

PERGINYA SEORANG SHAMRIN



Aku kaget dengar Hot.fm pagi tadi masa hantar mak aku pergi cari lauk di pasar basah. Memang basah pon sebab hujan.


Am Crew kata vokalis Fotograf, si Shamrin meninggal dunia awal petang semalam selepas rebah semasa sedang bermain bola sepak untuk satu perlawanan persahabatan. Meninggal pada usia 45, boleh dianggap masih muda. Tiada siapa tahu, ajal tidak boleh dipercepat dan ditangguh, walau sesaat. Itulah ketetapan-Nya.



Shamrin atau nama sebenar beliau Mohd Shamrin Abd Samad (Fotograf)



Kenapa aku kaget?
Sebab lagu beliau boleh dikatakan Lagu-Wajib-Nyanyi aku bile sesi berlibur bersama teman-teman. 

&

Yes, my fav songs :(



Al-Fatihah. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga setiap amalan diterima tuhan.


P/s: Bila terpejam lena, jasadku tidak bermaya............ 

SERINGKALI BAIT2 INI MENITI DI MULUT BELIAU... DAN AKHIRNYA...... :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...