Friday, November 12, 2010

PERGINYA SEORANG SHAMRIN



Aku kaget dengar Hot.fm pagi tadi masa hantar mak aku pergi cari lauk di pasar basah. Memang basah pon sebab hujan.


Am Crew kata vokalis Fotograf, si Shamrin meninggal dunia awal petang semalam selepas rebah semasa sedang bermain bola sepak untuk satu perlawanan persahabatan. Meninggal pada usia 45, boleh dianggap masih muda. Tiada siapa tahu, ajal tidak boleh dipercepat dan ditangguh, walau sesaat. Itulah ketetapan-Nya.



Shamrin atau nama sebenar beliau Mohd Shamrin Abd Samad (Fotograf)



Kenapa aku kaget?
Sebab lagu beliau boleh dikatakan Lagu-Wajib-Nyanyi aku bile sesi berlibur bersama teman-teman. 

&

Yes, my fav songs :(



Al-Fatihah. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga setiap amalan diterima tuhan.


P/s: Bila terpejam lena, jasadku tidak bermaya............ 

SERINGKALI BAIT2 INI MENITI DI MULUT BELIAU... DAN AKHIRNYA...... :(

Wednesday, November 10, 2010

Bertemu Dr Anuar




Ok lama x hapdet.
Hari ni aku gigihkan diri menaip since ada 3 peristiwa yang aku nak catitkan sepanjang medical checkup di sebuah hospital di Jalan Raja Abdullah, KL.


"Apa2 urusan aku kat KL mesti ada kaitan dengan Jalan Sultan Ismail. Memudahkan keje aku la.. Lap u Jalan Sultan Ismail. Ke aku ni keturunan Sultan Ismail??"
status aku di FB sebelum bertolak :p


Memudahkan kerja since aku dalam 3 bulan ni aku kerap ulang alik di Jalan Sultan Ismail, so aku quite familiar kat situ :)


1. Nak cium bontot Honda
Aku kaget bila aku nampak satu bangunan usang dan kecil, tapi jelas tertera nama hospital yg aku nak pergi. For real specialist center?? Aku kebingungan mata masih pandang kanan dan kaki menekan pedal minyak perlahan. Skali aku toleh depan bontot Honda da dekat. Mak aih!!!!!!! brek gile babs! seb bek sempat. kalau x habis mana aku nak cekau kalau cium bontot Honda. 
Rupa2 nya ada bangunan lain laaa haha :p


2. Blood Pressure 3 kali amik
First - 151/78
Second - 147/78
Third - 101/81 
(selepas baring2 di katil atas arahan nurse. hoho!)


3. Kene sound dengan doktor. 
Haha. Doktor suruh aku dapatkan 70kg! 
In your dreams la doc!

(but still aku tetap try. petang tadi dah mulakan langkah kembali berjogging semula :p)


P/s: xkan BP aku naik kot cuma sebab pikir nak accept one's offer and reject others'?? hurmmm..

Sunday, October 24, 2010

JUDIKAH?

Oh kaget aku seketika apabila tertonton DAHSYAT 13 di sebuah channel Astro. 
Tajuk berkisar tentang aktiviti perjudian yang kian berleluasa di kalangan rakyat Malaysia.


Seorang ustaz mengeluarkan kenyataan bahawa JUDI berlaku apabila ada pihak menang mendapat untung, manakala pihak kalah pula menjadi rugi. 


Oh. Bagaimana dengan Kalah-Bayar Method ketika bermain futsal waktu usia remaja ku??? 
Serta aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan method yang sama?
(Bunyi macam Taguchi Method ok? :p)


Yang pastinya Kalah-Bayar Method tiada niat judi sama sekali. 
Ia hanyalah sekadar membelanja dan meraikan pihak yang menang..

Tak gitu?


p/s: Jom nyanyi lagu gila Judi Tan Sri S.M Salim :p

Mode: 50-50

Saturday, October 23, 2010

ARGH~~~~~~~!!


Tension ok!



Pepagi dan tensen. Merosakkan weekend aku betul.

Sabar. 
Sabar tu sebahagian daripada iman
(Whoa! Tetiba cakap pasal iman font pun kaler putih. Putih kan bersih :p)

Jangan buat dosa banyak2 Encik Gigih!



Bila tensen2 camini tau tak apa aku buat? 



















Ok aku tipu. Biar aku rephrase balik.
Bila tensen2 camini tau tak apa aku nak buat? 




Cool bukan? 
Melukis di pantai.
Nanti ku ceritakan di mana aku bertemu ini angkel.
(Uncle ok, bukan ankle!)


p/s: apa kan daya bakat ku bukan dalam melukis, menulis, menyanyi, berlakon, peragaan, dan permodelan.
Bakat ku hanya dalam pengejian dan perlongkangan bersama Primadonat dan Ratu Kek


Mode: Weekend yg tak horny :(





Friday, October 22, 2010

TELINGA MANIS

Telinga Manis!

Selalu yang menjadi sebutan adalah Mulut Manis. 
Bukan Telinga Manis.

Jangan terkejut.

Telinga Manis hanya akan wujud bila ada semut bergumbira dalam telinga. 
Gila seksanya hanya tuhan yang tahu sebab umpama yang di dalam telinga itu adalah ulat gonggok atau pun kelkatu. Dari segi bunyi pergerakan kaki dan kesakitan telinga.

Semut tu lah yang mengganggu tidur nyenyakku pada jam 9.30 pagi. Serius sakit!

Gigih carik emak. Cemana ni mak?

Mudah jer jawapan heroin aku ni.

"Tutup telinga kasi die lemas. Kalau yakin die boleh berenang keluar, masukkan la air"

Haha. 
Tak pe mak. Man x yakin die boleh berenang keluar. 
Lantas aku tutup kedua2 telinga dengan penuh ragu2.. takut die x jumpa jalan keluar. Gelap. Dahlah dalam tu mesti penuh onak dan duri.. :p

Dua tiga kali aku tutup, derapan kaki beliau kejap kuat kejap perlahan. Sah memang aku rasa binatang buas yg masuk dalam tu. Lama2 bunyik tu hilang. Bila aku raba2 telinga aku.. rupa2nya semut. Ye semut yg kecik tu. Nape aku terbayang ulat gonggok bagai? Ni kuat tengok TV punya pasal la! Heh!

Selamba jer semut tu menganiaya aku yag kerdil ini :(


p/s: Aku rasa entry ni lebih sesuai disebut TAIK TELINGA MANIS. Haha!


Mode: Menulis dalam kesedihan. Kesedihan berganda, apabila tidak berjaya dalam PLV dan PPPS. Memang aku tak ditakdirkan untuk bersama MARA. :(

OH! PULANG DENGAN BEG YANG RINGAN...

Hari ni aku balk dengan beg yang ringan. Cuma berisikan dua botol mineral 500ml yang kosong, 3 ketul onde-onde, sehelai sampul surat kosong beserta beberapa keping kertas, dan sebuah buku percuma pemberian Guardian. Oh yeah! 

Kenapa?
Sebab aku xperlu bawak balik buku latihan dan buku praktis untuk carik bahan mengajar. Buku ringkasan juge. 

Next week EXAM! 
Whoaa! 

Bercakap tentang exam, sakit kepala aku susun meja budak2 untuk exam. Adehhh! Parah woo. Aku pun susun ikut citarasa aku, menunjukkan kerakusan seorang guru kelas celup yang gila kuasa. 

Dah siap susun ada pulak suara busuk:
"Cikgu meja cikgu selalu kat belakang. Kenapa yang ni dekat depan??"

Tu dia! Aku dah siap susun kot 36 meja sumbat sana sumbat sini. Ngape baru cakap? Tengok jam dah pukul 5. Masa aku dah habis! Heaven. Cepat2 aku lari biar cikgu Mate tu pulak yg setelkan. Haha!

P/S: Ok entri ni bosan gile aku pon tak seronok menaip. Sat g aku wat entry terbaru kalau ada :p 
Bajet hot kejap :)

Mode - Sakit endas. Motone piceq. Piye ki??

Wednesday, October 20, 2010

2010 @ 20102010

Whoa!!!! 

Lagi cantik

Saja nak buat entry ni memandangkan b4 this I (Oh! Tetiba jer nak ber I-U) dah ada entry 10.10.10 @ 10:10 di mana I (I lagikkk) telah menjelma menjadi MAN10.

2010 @ 20102010 nak jadi apa plak eh?
Jadi Encik Gigih yang masih kepenatan dan kemengantukan je lah dulu :)

Kali ni post entry pon elok ja @ 2010 a.k.a 8.10 malam. I like!


P/S: Satgi kalau tadak aral melintang akan mengapdet sesuatu yg lebih official.. Heh!

Tuesday, October 19, 2010

ENCIK GIGIH CEMAS LAGI!!!

Oh last week aku cemas lagi! Kali ni lebh cemas dari Daus (bukan nama penuh).

Kenapa? 
Sebab aku dah decide minggu lepas PnP bertemakan Kisah Haiwan.
(Pemlihan tema penting untuk CnP ringkasan mengajar. Whoa! :p)
Belek punya belek buku-buku latihan cikgu tu, aku dah tak jumpa cerita haiwan yang sesuai. Ada yang aku dah guna, ada yang panjangnya berjela-jela. Panjang sangat pon tak boleh sebab aku nak suruh budak2 mengimlakkan teks. 

Dengan gigihnya aku mengarang satu cerita haiwan yang berkisar tentang kebongkakan burung merak. Bertuah kau merak jadi bahan PnP aku :)


Aku baca dan budak-budak tulis:



Bongkaknya Si Merak


Di sebuah zoo, ada seekor burung merak yang serng menjadi tumpuan para pengunjung yang datang. Merak seringkali mengembangkan ekornya supaya kelihatan lebih cantik.

Akan tetapi, Si Merak berasa gah dan bongkak dengan kecantikannya. Dia sering mengejek Si Gajah yang bertelinga besar dan Si Zirafah yang berleher panjang.

Suatu hari, Si Merak jatuh sakit. Sejak itu, Si Merak tidak lagi diberi perhatian. Si Merak akhirnya mati dalam kesedihan.



Cerita yang pendek tapi penuh bermakna :)


P/S: Tergelak bila ada seorang budak mengimlakkan Si Zirafah sebagai Zizi Rafa. 
Aku dah terpikir artis iras-iras Linda dan Diana Rafar tetapi dengan leher yang panjang. Ahaks!

Wednesday, October 13, 2010

SKANDAL AHMAD, AH MENG & MUTHU

Isnin lalu aku bergerak longlai untuk ke sekolah. Longlai yang bukan kepit bukan juga sotong. Tapi longlai yang lemah gemalai dan penuh bergaya.

Kenapa???

Sebab jadual aku ada Pendidikan Muzik.. Ye, Pendidikan Muzik!! No typing errors.

SAYA TAK NAK MENGAJAR PENDIDIKAN MUZIK clearly written all over my face.

Aku mula cemas ala-ala Daus (nama hampir sebenar). Daus adalah salah seorang kenalan aku ketika aku berumur 13 tahun. Heh!

Belek punya belek punya belek silibes Pendidikan Muzik Darjah 2, aku tekad pilih satu lagu. Tajuk yang simple. Ada Kawan. Tekad. Taknak toleh ke belakang. Jangan main belakang!

Aku masuk kelas 2J, terus tulis liriklagu tu dengan muka yang ala-ala Cina Kapitan. Elok sikit dari bangsa Tasaday.  Tulis, dan paksa budak2 pon tulis.


Ada seorang kawan namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan namanya Muthu,
Kami berkawan baik sama sedarjah,
Belajar bersama main bersama.

Hey hey hey, hey hey hey, tiga sekawan
Hey hey hey, hey hey hey, tiga sekawan


Cukup masa, aku suruh diorang nyanyi. Tapi diorg tak tau. Adeh bebudak ni pon nyanyi jer la camane2 pon. Aku x kesah. Tak pasal-pasal aku kene nyanyi dulu.

Dengan nada keras sebagai tanda amaran, aku suruh diorg dengar betul-betul dan aku hanya akan nyanyi sekali sahaja. Itu janji aku.


Tengah aku malu-malu menyanyi tiba-tiba.............












"Cikgu nyanyi macam penyanyi rock kan?" kata salah seorang murid kelas 2J kepada rakannya. 




Whoa!!!! 

Tetiba jer aku semangat nyanyi!! Janji dan amaran aku tidak lagi kuhiraukan. Haha.



Lakaran Ahmad, Muthu dan Ah Meng yang aku lukis di papan hijau.




P/S:  Tetap ada suara busuk yang bertanya "Kenapa atas kepala Ah Meng ada buku, cikgu?"  CISSS!

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 @ 10:10



Cantik



Pastinya ramai yang menjadikan saat ini, minit ini, jam ini, hari ini, bulan ini, tahun ini sebagai suatu detik indah dan bersejarah dalam hidup mereka. 

You can call it 
"A Moment to Remember" 
or 
"Wisdom of the Heart" 
or 
what soever you wanna call it. 

Anda namakan sendiri.






Saya?

Pada 
10.10.10 @ 10:10 
saya bersarapan di rumah.


Tidak lah detik yg begitu manis, tapi cukup indah apabila dapat bersama dengan keluarga.


Cukuplah sekadar saya namakan detik itu MAN10,
inspirasi datang dari BEN10.
Memandangkan hari, bulan, tahun, jam dan minit ini penuh dengan 10 :)





P/S: Pada mulanya untuk mencantikkan entry, masa untuk entry dipublish telah dirancang  pada jam 10:10 pada 10.10.10. 
Tapi hambe jahil lagi, tidak berjaya :(

ENTRY YANG BAKAL MENGUNDANG BAHANA

Ada perbualan menarik tadi. 
Tidak, bukan perbualan, tapi lebih kepada perchatan. 
Perchatan berlaku di ruang chat Mukabuku a.k.a Facebook.
Antara NHMS dan NHHS
(Nota: Saiz tulisan tidak melambangkan keagungan sesiapa :p)
Sapa tumpang glamer sapa nih? Haha


Persoalan utama perchatan adalah penggunaan akaun Yahoo untuk blog aku. 
Beliau kagum dengan aku. 
(Nota: Potong yang mana tidak berkenaan)

Beliau begitu teruja dengan penggunaan akaun Yahoo. 
Katanya lebih mudah, sebab Yahoo hantar notification.

Aku garu-garu kerana ragu-ragu.
Menerangkan keadaan sebenar, aku tidak menggunakan akaun Yahoo ini untuk sebarang urusan notification mahupun email2an.

LAMA TAK BUKAK EMAIL NI. 

Aku ulangi... 





LAMA!






Kerana ini lah aku malas nak bukak account Yahoo aku,
 yang ber-id-kan mumet_endase ini.
Mungkin tak cukup lama bagi anda, tapi cukup lama bagi aku :)


Mode: Mentally prepared untuk diserang dan dihentam oleh 
Whoa!!

Saturday, October 9, 2010

ZAMAN GOBLOKISASI?

Heh. Istilah baru. Malam tadi aku terbukak Channel 106 Astro Oasis.

Alaaa channel yang popular dengan rancangan realiti pertama di dunia Imam Muda tu.. :)

Tajuk die Liga Ilmu kalau x silap. Antara tetamu undangan adalah Dr Fadzillah Kamsah, Ustaz Haslin dan abang kepada Allahyarham Ustaz Asri, vokalis Rabbani sewaktu hayatnya masih ada.

Aku bukan nak kata aku baik sebab tengok cerita tu.. Aku dah mention awal2 aku terbukak, so no question at all. Peace no war.

Apa yg menarik perhatian aku bila Ustaz Haslin kuarkan Istilah ZAMAN GOBLOKISASI!
Haha.. Aku gelak besar kat situ.. Orang tengok cerita tu untuk halau syaitan, tapi aku makin panggil la pulak :p

Mengikut istilah murni Bahasa Jawa Nenda "GOBLOK" membawa maksud "BONGOK" atau yg sewaktu dengannya. So secara total Zaman Goblokisasi adalah ZAMAN KEBONGOKAN.

Bukan aku cakap eah... Ustaz Haslin yang cakap.. :)


Sakit mendengarnya tapi itu realitinya :)


Untuk kawan2 yg tak ingat siapa Ustaz Haslin, beliau adalah imam Masjid K. Sel....
dan kalau time die bagi ceramah kat sekolah, pasti keluar ayat2 al-Quran dengan rentak lagu Hindustan mahupun lagu Popeye :)


Mode: Rindu zaman dulu2. Semoga masih ada ruang dan kesempatan untuk kembali ke jalan yang benar. Amiin.



VACANCY - MAJLIS PEPERIKSAN MALAYSIA




Jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia..

Kalau dapat ni keje kat Selayang la rasanya.

Heaven or Hell?? ...hehe...

Borang boleh download di sini lantas klik lah
"BORANG MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN"

Sila alert dengan tarikh tutup - 18 OKTOBER 2010, aku selalu jadi mangsa tang ni.

:p



Friday, October 8, 2010

MULUT TANPA ETIQA / AIA


Dalam erti kata lain TAK SAYANG MULUT!

Haha. Ini pengalaman aku kat sebuah sekolah menengah di Malaysia. Aku nak kongsi kat sini.

Kejadian terjadi pada minggu first aku mengajar kat situ, selepas complete beberapa subtopics, aku tanya diorang either diorg paham ke tak...then ada satu suara durjana:





"Cikgu kene ajar sampai cikgu kurus, baru kitorang paham"


Budak Form 1 kini lebih bertauliah :)

Heh. Aku tak sentap. Those words doesn't bother me. Even sekelumit. Yes, I'm serious. From the bottom of my heart.

Tapi yang aku BOTHER ME AT ALL adalah yang kata camtu adalah seorg debab juga! Haha.
Sebab tu wujudnya istilah "Talking to the mirror" :)

Alhamdulillah, setakslim aku yg camni pon aku dah hidup 24 tahun. Takde pulak aku jalan kat Uptown org lempar jeans xlaku kat aku semata2 kerana aku lalu lalang kat situ. Takde pulak aku pergi karok, diorg tutup bisnes hari tu semata2 kerana aku datang. Takde pulak professor2 dan Ir suruh aku terjun dari tingkat 20 S&T Tower masa aku study dulu. Hehe.


Aku teringat dulu time aku Form 1. Ni lah voodoo...

Ada budak panggil aku hitam.

Choi! Ada aku kesah?

Aku tak kesah. Tapi yang aku kisah die pon hitam? Haha. Ko memang funny.

Sekali lagi: TALKING TO THE MIRROR!







So,

this one is for both of you:









Aku taip Voodoo eh? Bukan la.. Dejavu la rupa2nya. Bile entah tukar.





Moral of the story: Bangsa sama Jawa, tapi hati lain2 :p









AFTER 3 YEARS





Yes, after 3 years. Aku buat comeback dalam penulisan blog. Bakat yg sememangnya tak ada semakin menghilang. So kalau ikut experience patutnya aku dah leh wat skandal n kontroversi. :p. Tak boleh! Kang tetiba aku tua dengan turun naik court je. So jom kite terus menjadi Junior dalam penulisan blog neh :)

Selepas 3 hari pembikinan semula layout dan design of my blog, this is my first 'comeback' entry. Some ground rules dah ditetapkan untuk penulisan semula ni mengikut citarasa empunya blog.
  1. Black n White & Pink will be a prior colors in this blog.
  2. Aku bebas untuk menaip apa sahaja yang aku nak taip since aku create this blog dulu pon sebab aku mmg nak taip apa je bende aku nak taip :)
  3. Keep update the blog.. Lama mana xupdate pon even more than 3 years, I HAVE TO UPDATE! memandangkan aku rasa hasil penulisan aku ni berguna di hari tua...(Reminder: Penulis seorang yg masih muda.. bujang terangtangtang lagi :P)
  4. BERGELI DENGAN CARA TERSENDIRI. You have the right to evaluate, but have no right to decide how to write :)

Okla aku nak buat pengakuan berani.. Sebenarnya tak sampai 3 tahun pon. Hehe. Kalau berdasarkan perkiraan kasar tanpa sempoa dan kalkulator, my first entry titled -Impian Nekman- bertarikh 25 November 2007 and my last entry sudah lama hambe tidak menaip di sini pula bertarikh 9 Jun 2008).. So cincai kire dua tahun setengah jer la eh.. ada errata kat situ. tapi 3 tahun kan nampak lebih gempaq dan lebih ghairah! hehe..

or should I genapkan 3 tahun???
Whoaaaa!! Siap red carpet tu!!




NcMan: harap-harap ini bukan entry yg first dan yg terakhir :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...