Wednesday, October 13, 2010

SKANDAL AHMAD, AH MENG & MUTHU

Isnin lalu aku bergerak longlai untuk ke sekolah. Longlai yang bukan kepit bukan juga sotong. Tapi longlai yang lemah gemalai dan penuh bergaya.

Kenapa???

Sebab jadual aku ada Pendidikan Muzik.. Ye, Pendidikan Muzik!! No typing errors.

SAYA TAK NAK MENGAJAR PENDIDIKAN MUZIK clearly written all over my face.

Aku mula cemas ala-ala Daus (nama hampir sebenar). Daus adalah salah seorang kenalan aku ketika aku berumur 13 tahun. Heh!

Belek punya belek punya belek silibes Pendidikan Muzik Darjah 2, aku tekad pilih satu lagu. Tajuk yang simple. Ada Kawan. Tekad. Taknak toleh ke belakang. Jangan main belakang!

Aku masuk kelas 2J, terus tulis liriklagu tu dengan muka yang ala-ala Cina Kapitan. Elok sikit dari bangsa Tasaday.  Tulis, dan paksa budak2 pon tulis.


Ada seorang kawan namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan namanya Muthu,
Kami berkawan baik sama sedarjah,
Belajar bersama main bersama.

Hey hey hey, hey hey hey, tiga sekawan
Hey hey hey, hey hey hey, tiga sekawan


Cukup masa, aku suruh diorang nyanyi. Tapi diorg tak tau. Adeh bebudak ni pon nyanyi jer la camane2 pon. Aku x kesah. Tak pasal-pasal aku kene nyanyi dulu.

Dengan nada keras sebagai tanda amaran, aku suruh diorg dengar betul-betul dan aku hanya akan nyanyi sekali sahaja. Itu janji aku.


Tengah aku malu-malu menyanyi tiba-tiba.............












"Cikgu nyanyi macam penyanyi rock kan?" kata salah seorang murid kelas 2J kepada rakannya. 




Whoa!!!! 

Tetiba jer aku semangat nyanyi!! Janji dan amaran aku tidak lagi kuhiraukan. Haha.



Lakaran Ahmad, Muthu dan Ah Meng yang aku lukis di papan hijau.




P/S:  Tetap ada suara busuk yang bertanya "Kenapa atas kepala Ah Meng ada buku, cikgu?"  CISSS!

6 comments:

Shima :) said...

Haha, cutenye cikgu! Nnt gemilang raya karaoke bolehla nyanyi lagu ni. :p

mumet_endase said...

Haha.. Gemilang Raya nanti macam2 lagu nak nyanyi. List lagu dah berjela2 nih :p

Hidayah Hanif said...

kahkahkah..patut la ko nanges2 taknak p skolah..ekekekekekee...anyway..ape lagi..baldu biru satu..tak pon..bersumpah dengan langit..ekekeke

mumet_endase said...

hahaha, manader aku nanges.wa wawa

warx.hensem said...

darjah dua dah gune rekoder blom? aku smpai skrg x tau nak tutup lubang mana satu..bole ajar aku man?

mumet_endase said...

Dah la wak .. G F E D C C C.. cuba main.. sedap lagunya :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...