Friday, November 12, 2010

PERGINYA SEORANG SHAMRIN



Aku kaget dengar Hot.fm pagi tadi masa hantar mak aku pergi cari lauk di pasar basah. Memang basah pon sebab hujan.


Am Crew kata vokalis Fotograf, si Shamrin meninggal dunia awal petang semalam selepas rebah semasa sedang bermain bola sepak untuk satu perlawanan persahabatan. Meninggal pada usia 45, boleh dianggap masih muda. Tiada siapa tahu, ajal tidak boleh dipercepat dan ditangguh, walau sesaat. Itulah ketetapan-Nya.



Shamrin atau nama sebenar beliau Mohd Shamrin Abd Samad (Fotograf)



Kenapa aku kaget?
Sebab lagu beliau boleh dikatakan Lagu-Wajib-Nyanyi aku bile sesi berlibur bersama teman-teman. 

&

Yes, my fav songs :(



Al-Fatihah. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga setiap amalan diterima tuhan.


P/s: Bila terpejam lena, jasadku tidak bermaya............ 

SERINGKALI BAIT2 INI MENITI DI MULUT BELIAU... DAN AKHIRNYA...... :(

Wednesday, November 10, 2010

Bertemu Dr Anuar




Ok lama x hapdet.
Hari ni aku gigihkan diri menaip since ada 3 peristiwa yang aku nak catitkan sepanjang medical checkup di sebuah hospital di Jalan Raja Abdullah, KL.


"Apa2 urusan aku kat KL mesti ada kaitan dengan Jalan Sultan Ismail. Memudahkan keje aku la.. Lap u Jalan Sultan Ismail. Ke aku ni keturunan Sultan Ismail??"
status aku di FB sebelum bertolak :p


Memudahkan kerja since aku dalam 3 bulan ni aku kerap ulang alik di Jalan Sultan Ismail, so aku quite familiar kat situ :)


1. Nak cium bontot Honda
Aku kaget bila aku nampak satu bangunan usang dan kecil, tapi jelas tertera nama hospital yg aku nak pergi. For real specialist center?? Aku kebingungan mata masih pandang kanan dan kaki menekan pedal minyak perlahan. Skali aku toleh depan bontot Honda da dekat. Mak aih!!!!!!! brek gile babs! seb bek sempat. kalau x habis mana aku nak cekau kalau cium bontot Honda. 
Rupa2 nya ada bangunan lain laaa haha :p


2. Blood Pressure 3 kali amik
First - 151/78
Second - 147/78
Third - 101/81 
(selepas baring2 di katil atas arahan nurse. hoho!)


3. Kene sound dengan doktor. 
Haha. Doktor suruh aku dapatkan 70kg! 
In your dreams la doc!

(but still aku tetap try. petang tadi dah mulakan langkah kembali berjogging semula :p)


P/s: xkan BP aku naik kot cuma sebab pikir nak accept one's offer and reject others'?? hurmmm..

Sunday, October 24, 2010

JUDIKAH?

Oh kaget aku seketika apabila tertonton DAHSYAT 13 di sebuah channel Astro. 
Tajuk berkisar tentang aktiviti perjudian yang kian berleluasa di kalangan rakyat Malaysia.


Seorang ustaz mengeluarkan kenyataan bahawa JUDI berlaku apabila ada pihak menang mendapat untung, manakala pihak kalah pula menjadi rugi. 


Oh. Bagaimana dengan Kalah-Bayar Method ketika bermain futsal waktu usia remaja ku??? 
Serta aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan method yang sama?
(Bunyi macam Taguchi Method ok? :p)


Yang pastinya Kalah-Bayar Method tiada niat judi sama sekali. 
Ia hanyalah sekadar membelanja dan meraikan pihak yang menang..

Tak gitu?


p/s: Jom nyanyi lagu gila Judi Tan Sri S.M Salim :p

Mode: 50-50

Saturday, October 23, 2010

ARGH~~~~~~~!!


Tension ok!



Pepagi dan tensen. Merosakkan weekend aku betul.

Sabar. 
Sabar tu sebahagian daripada iman
(Whoa! Tetiba cakap pasal iman font pun kaler putih. Putih kan bersih :p)

Jangan buat dosa banyak2 Encik Gigih!



Bila tensen2 camini tau tak apa aku buat? 



















Ok aku tipu. Biar aku rephrase balik.
Bila tensen2 camini tau tak apa aku nak buat? 




Cool bukan? 
Melukis di pantai.
Nanti ku ceritakan di mana aku bertemu ini angkel.
(Uncle ok, bukan ankle!)


p/s: apa kan daya bakat ku bukan dalam melukis, menulis, menyanyi, berlakon, peragaan, dan permodelan.
Bakat ku hanya dalam pengejian dan perlongkangan bersama Primadonat dan Ratu Kek


Mode: Weekend yg tak horny :(





Friday, October 22, 2010

TELINGA MANIS

Telinga Manis!

Selalu yang menjadi sebutan adalah Mulut Manis. 
Bukan Telinga Manis.

Jangan terkejut.

Telinga Manis hanya akan wujud bila ada semut bergumbira dalam telinga. 
Gila seksanya hanya tuhan yang tahu sebab umpama yang di dalam telinga itu adalah ulat gonggok atau pun kelkatu. Dari segi bunyi pergerakan kaki dan kesakitan telinga.

Semut tu lah yang mengganggu tidur nyenyakku pada jam 9.30 pagi. Serius sakit!

Gigih carik emak. Cemana ni mak?

Mudah jer jawapan heroin aku ni.

"Tutup telinga kasi die lemas. Kalau yakin die boleh berenang keluar, masukkan la air"

Haha. 
Tak pe mak. Man x yakin die boleh berenang keluar. 
Lantas aku tutup kedua2 telinga dengan penuh ragu2.. takut die x jumpa jalan keluar. Gelap. Dahlah dalam tu mesti penuh onak dan duri.. :p

Dua tiga kali aku tutup, derapan kaki beliau kejap kuat kejap perlahan. Sah memang aku rasa binatang buas yg masuk dalam tu. Lama2 bunyik tu hilang. Bila aku raba2 telinga aku.. rupa2nya semut. Ye semut yg kecik tu. Nape aku terbayang ulat gonggok bagai? Ni kuat tengok TV punya pasal la! Heh!

Selamba jer semut tu menganiaya aku yag kerdil ini :(


p/s: Aku rasa entry ni lebih sesuai disebut TAIK TELINGA MANIS. Haha!


Mode: Menulis dalam kesedihan. Kesedihan berganda, apabila tidak berjaya dalam PLV dan PPPS. Memang aku tak ditakdirkan untuk bersama MARA. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...